Siri Google Pixel 9 telahpun dikesan melepasi pengesahan SIRIM Malaysia sekaligus mengesahkan peranti tersebut akan ditawarkan secara rasmi ke pasaran tempatan.
Bukan itu sahaja, Google Malaysia melalui YouTube rasmi mereka turut memuat naik teaser berkenaan ketibaan siri Pixel 9 ke Malaysia iaitu pada 14 Ogos ini.
The Google Pixel 9 Pro is finally making its way to Malaysia! 🤩 Pre-order starts August 14th. Get yours with Maxis and experience the best of @Google! Stay tuned for more details! 🇲🇾✨ #MaxisPostpaid #Maxis5G #TeamPixel #GooglePixel #GooglePixel9 #Gemini @GooglePixel_US pic.twitter.com/xbP7maw87L
— Maxis (@Maxis) August 1, 2024
Hey Malaysians, the wait is almost over! Google Pixel 9 is coming on Malaysia’s Widest and Fastest network.
— CelcomDigi (@CelcomDigi) August 1, 2024
Register your interest now and stay tuned for exclusive offers with CelcomDigi this 14 August 2024: https://t.co/h8tHoJwdpB pic.twitter.com/WbRt3juFZ5
Seiring dengan ketibaan Google Pixel ke Malaysia, dua syarikat telekomunikasi iaitu Maxis dan CelcomDigi akan membuka pra-tempahan untuk siri Pixel 9 pada 14 Ogos ini.

Tidak ketinggalan, Urban Republic yang juga merupakan authorized reseller Google Pixel di Malaysia turut membuka daftar minat peranti tersebut pada tarikh yang sama.
Siri Pixel 9 dijangka hadir dengan cip Tensor G4 yang dipadankan dengan RAM sehingga 16GB RAM. Menggunakan skrin Actua Display bersaiz 6.3-inci untuk Pixel 9 dan Pixel 9 Pro. Manakala Pixel 9 Pro XL pula menggunakan skrin Super Actua Display bersaiz 6.8-inci. Untuk fotografi, Pixel 9 akan dilengkapi dengan tetapan dwi kamera 50MP + 48MP dan Pixel 9 Pro dan 9 Pro XL pula dilengkapi dengan tetapan tri-kamera 50MP + 48MP + 48MP.
Buat masa ini, hanya harga jualan sahaja yang masih menjadi rahsia. Kita mungkin boleh menjangkakan harga jualan untuk siri Pixel 9 ini setanding harga jualan siri iPhone 15.