HUAWEI bakal memperluaskan lagi penawaran fon lipat mereka dengan memperkenalkan nova Flip. Merupakan fon lipat pertama di bawah siri nova dan menggunakan rekaan jenis clamshell.
Terbaru, video teaser yang didakwa sebagai nova Flip telah tertiris. Melalui video tersebut, memperlihatkan peranti ini hadir dengan rekaan skrin luar yang besar dan dipadankan dengan tetapan dwi-kamera belakang.
Dengan skrin luar yang besar, ia menjadikan ia lebih pratikal sekaligus membolehkan ia menjalankan pelbagai aplikasi. Selain itu, peranti ini dilihat boleh ditutup dengan rapat dan kurang kesan lipatan. Turut dapat dilihat peranti ini hadir dengan rekaan sisi jenis rata dan terdapat pengimbas cap jari pada butang kuasa yang diletakkan di sebelah kanan.
Malangnya, tiada maklumat mengenai spesifikasi dalaman yang dikongsi buat masa ini. Menurut laporan, peranti ini berkemungkinan akan diperkenalkan pada Ogos ini di China.