Samsung SDI mengumumkan bateri baru untuk kenderaan elektrik (EV) yang dipanggil sebagai Solid-State Battery.
Menurut Samsung, teknologi bateri ini mempunyai ketumpatan tenaga sekitar 500 Wh/kg iaitu dua kali ganda berbanding ketumpatan bateri EV yang ada di pasaran ketika ini. Selain itu, bateri ini mampu menawarkan jarak gerak sejauh 965 km dan hanya memerlukan 9 minit untuk pengecasan penuh.
Bukan sahaja menawarkan jarak gerak yang lebih jauh, solid-state battery ini dikatakan mempunyai jangka hayat yang panjang iaitu sehingga 20 tahun. Teknologi bateri ini juga adalah lebih kecil, lebih ringan dan lebih selamat berbanding bateri yang digunakan pada kebanyakkan EV ketika ini. Namun begitu, kos penghasilan bateri ini adalah sangat tinggi. Berikutan itu, bateri ini hanya akan digunakan pada EV jenis premium untuk permulaan.
Selain itu, Samsung telahpun menghantar prototaip awal solid-state battery kepada pembuat EV untuk tujuan percubaan pada 6 bulan yang lalu. Teknologi bateri ini dijangka akan mula dikeluarkan secara besar-besaran pada 2027.