Sony Malaysia sedia untuk menawarkan Playstation Portal ke pasaran tempatan. Playstation Portal adalah peranti yang menawarkan kemampuan bermain permainan PlayStation 5 (PS5) secara mudah-alih melalui sambungan WiFi.

PlayStation Portal ini dilengkapi dengan skrin LCD bersaiz 8-inci dengan resolusi 1080p. Menggunakan rekaan seperti DualSense 5 yang turut menyokong sambungan seperti bicu audio 3.5mm, USB-C dan pembesar suara.
Peranti ini hanya menyokong sambungan melalui WiFi atau PlayStation Link dan tiada sambungan Bluetooth. Menarik mengenai peranti ini, ia membolehkan pengguna menyambung bermain permainan dari PS5 secara terus ke Playstation Portal. Selain itu, ia hanya memerlukan sambungan WiFi dengan kelajuan minimum 5Mbps.

Di Malaysia, PlayStation Portal ditawarkan pada harga RM999. Peranti ini akan diperkenalkan pada 9 Oktober 2024. Namun, bagi yang berminat, peranti ini boleh mula di pra-tempah bermula 5 Ogos 2024.