Close

Perkhidmatan WeChat Pay Malaysia akan ditamatkan bermula 1 September 2024

Perkhidmatan dompet digital iaitu WeChat Pay bakal menamatkan perkhidmatan mereka di Malaysia bermula 1 September 2024.

Penamatan perkhidmatan tersebut di Malaysia dikatakan sebagai salah satu langkah penyelarasan strategi dalam perniagaan mereka. Berikutan itu, WeChat Pay Malaysia tidak lagi menerima pendaftaran baru bermula Ogos 2024.

Selain itu, pengguna boleh melakukan pengeluaran dana dari WeChat Pay Malaysia sehingga 31 Disember 2024. Namun begitu, pengguna Malaysia masih boleh menggunakan Weixin Pay sebagai alternatif pembayaran ketika berada di China dan juga sebaliknya.

Untuk melakukan pengeluaran dana, buka aplikasi WeChat pilih Me > Pay and Services > Balance > Withdraw.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN