Close

HUAWEI nova Flip diperkenalkan – Guna cip Kirin 8000, bateri 4400mAh dan pengecasan 66W

HUAWEI secara rasmi memperkenalkan fon lipat baru mereka iaitu nova Flip. Merupakan fon lipat pertama di bawah siri nova dan menggunakan rekaan jenis clamshell.

nova Flip hadir dengan skrin luar bersaiz 2.14-inci OLED dengan paparan 60Hz dan skrin utama 6.94-inci OLED LTPO dengan paparan 120Hz. Peranti ini hanya setebal 6.88 mm apabila dibuka dengan berat sekitar 195 gram sahaja. Skrin luar peranti ini menyokong pelbagai aplikasi seperti weather, muzik dan kalendar.

Dikuasakan dengan cip Kirin 8000 yang dipadankan dengan 12GB RAM dan storan dalaman sehingga 1TB. Menggunakan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 8MP Ultra Lebar. Untuk swafoto, ia hadir dengan sensor sebesar 32MP. Dimuatkan dengan bateri 4400mAh yang menyokong pengecsan 66W.

Peranti ini menjalankan sistem operasi HarmonyOS 4.2 dan turut menyokong pelbagai fungsi yang dijana dengan kecerdasan buatan (AI) seperti subject removal, text selection dan image generation. Spesifikasi lain yang turut ditawarkan adalah seperti NFC, Bluetooth 5.2, pengimbas cap jari pada butang kuasa dan menyokong penarafan IP54.

Di China, HUAWE nova Flip ini dijual pada harga bermula sekitar CNY5288 (RM3304) dan ditawarkan dalam 4 pilihan warna iaitu New Green, Sakura Pink, Zero White dan Starry Black colors. Tidak dapat dipastikan adakah peranti ini akan tersedia untuk pasaran tempatan atau sebaliknya.

ARTIKEL BERKAITAN