vivo Malaysia secara rasmi mengesahkan ketibaan peranti baru mereka iaitu siri vivo V40 pada 22 Ogos ini. Pekara tersebut dikongsi melalui laman web rasmi vivo Malaysia.
Perkongsian tersebut turut mengesahkan yang vivo akan memperkenalkan dua peranti iaitu V40 dan juga V40 Pro. Kedua-dua model akan dilengkapi dengan tetapan tri-kamera belakang dengan penjenamaan Zeiss. Jika sebelum ini, hanya model Pro sahaja hadir dengan penjenamaan Zeiss.
Dari segi rekaan, siri vivo V40 hadir dengan perubahan ketara pada rekaan kamera belakang. Selain itu, peranti ini akan hadir bateri 5500mAh yang menyokong pengecasan 80W. Tidak ketinggalah, peranti ini akan turut menyokong penarafan IP68 dan IP69.
Malangnya, tiada maklumat penuh mengenai peranti yang dikongsi oleh vivo Malaysia. Maklumat tersebut hanya akan diketahui pada acara pelancarannya kelak. Seperti biasa, sama-sama kita nantikan.