Close

Kerajaan mungkin perkenal aplikasi media sosial khusus untuk rakyat Malaysia

Kerajaan dilaporkan sedang meneliti cadangan untuk mewujudkan aplikasi media sosial khusus untuk rakyat Malaysia seperti mana yang dilakukan di beberapa negara lain.

Cadangan tersebut wujud selepas ada di antara penyedia aplikasi media sosial di Malaysia mengaut keuntungan daripada rakyat negara ini, tetapi gagal untuk menjamin keselamatan pengguna mereka.

Mengulas lanjut mengenai perkara tersebut, pada tahun lalu Facebook dianggarkan mengaut keuntungan sekitar $600 juta dari pengguna Malaysia. Namun, dari segi keselamatan platform tersebut tidak menjalankan tugasnya dengan baik sekaligus gagal untuk memastikan keselamatan pengguna di Malaysia terjamin.

Beliau turut menyatakan, untuk membangunkan platform media sosial sendiri bukan satu perkara yang mudah, tetapi telah ada beberapa negara melakukannya. Justeru itu, penelitian dan kajian perlu dilakukan terlebih dahulu.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN