Close

Aplikasi Maybank2u tak lagi boleh diakses bermula 28 Ogos 2024

Aplikasi Maybank2u tidak lagi boleh diakses sepenuhnya oleh pengguna bermula 28 Ogos 2024.

Selepas tarikh tersebut pengguna tidak lagi boleh mengakses akaun atau menggunakan sebarang fungsi melalui aplikasi tersebut. Berikutan dari itu, Maybank menyarankan pengguna untuk beralih kepada aplikasi MAE bagi mengakses perkhidmatan perbankan dalam talian. Aplikasi MAE tersedia di semua platform dan boleh dimuat turun melalui App Store, Play Store dan HUAWEI App Gallery.

Sebelum ini, Maybank telahpun menamatkan kemas kini aplikasi Maybank2u dan aplikasi tersebut tidak lagi boleh dimuat turun selepas 30 Jun 2024. Selain itu, penamatan aplikasi Maybank2u tidak memberi kesan kepada perkhidmatan perbankan dalam talian.

Menurut Maybank, aplikasi MAE turut menyokong pelbagai fungsi perbankan dalam masa yang sama menawarkan pengalaman penggunaan yang lebih baik. Selain itu, ia turut hadir dengan ciri keselamatan yang dipertingkat untuk melindungi aktiviti perbankan.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN