Close

Siri Google Pixel 9 boleh dibeli dengan ansuran bulanan sehingga 60 bulan

Seperti yang kita tahu, siri Google Pixel 9 akan tiba secara rasmi ke pasaran tempatan dan akan ditawarkan melalui beberapa pengedar rasmi dan syarikat telekomunikasi di Malaysia.

Bercakap mengenai penawaran di Malaysia, Senheng dan SenQ bakal menawarkan peranti ini dengan pelan ansuran bulanan sehingga 60 bulan atau 5 tahun. Secara kebiasaan, pelan ansuran bulanan yang diberikan adalah sekitar 6 hingga 24 bulan bergantung kepada bank.

Namun begitu, pelan ansuran bulanan sehingga 60 bulan ini tersedia untuk pengguna Ambank dan Standard Chartered sahaja. Selain menawarkan pelan ansuran bulanan sehingga 60 bulan, Senheng dan SenQ turut menawarkan jaminan tambahan 1 tahun, 0% EPP, bank point dan juga S coin for trade in. Untuk maklumat lanjut mengenai pelan ansuran bulanan ini layari laman web rasmi Senheng atau SenQ.

Siri Pixel 9 dijangka hadir dengan cip Tensor G4 yang dipadankan dengan RAM sehingga 16GB RAM. Menggunakan skrin Actua Display bersaiz 6.3-inci untuk Pixel 9 dan Pixel 9 Pro. Manakala Pixel 9 Pro XL pula menggunakan skrin Super Actua Display bersaiz 6.8-inci. Untuk fotografi, Pixel 9 akan dilengkapi dengan tetapan dwi kamera 50MP + 48MP dan Pixel 9 Pro dan 9 Pro XL pula dilengkapi dengan tetapan tri-kamera 50MP + 48MP + 48MP.

ARTIKEL BERKAITAN