Siri iPhone 16 belum lagi diperkenalkan oleh Apple namun telah ada beberapa laporan awal mengenai siri iPhone 17 tertiris.
玉晶光為高階鏡頭升級週期再起的關鍵贏家:iPhone 17前相機升級、iPhone 16 Pro潛望鏡與超廣角、Vision Pro、與華為P70超廣角https://t.co/Qjkq8KJKyr
— 郭明錤 (Ming-Chi Kuo) (@mingchikuo) January 4, 2024
Terbaru, terdapat laporan menyatakan yang Apple mungkin akan menggunakan kamera swafoto 24MP pada iPhone 17. Bermaksud, Apple tidak lagi akan menggunakan kamera swafoto 12MP. Lebih menariknya, laporan tersebut turut menyatakan yang ia akan dimuatkan pada semua model iPhone 17.
Kamera swafoto baru ini tidak hanya menawarkan resolusi yang lebih tinggi sahaja. Tetapi, ia akan turut dilengkapi dengan sistem kanta baru 6P untuk memberikan hasil imej yang lebih baik dan lebih jelas. Sebagai perbandingan, kamera swafoto 12MP pada siri iPhone 15 menggunakan sistem kanta 5P.
Apple mula menggunakan kamera swafoto 12MP pada 2019 yang diperkenalkan pada model iPhone 11. Jadi, ini mungkin waktu yang sesuai untuk Apple mula menaik taraf kemampuan kamera swafoto mereka.