Close

Xiaomi HyperOS 2.0 akan hadir dengan fungsi ‘Hidden camera detection’

Xiaomi dijangka akan memperkenalkan sistem operasi baru mereka iaitu HyperOS 2.0 sekitar Oktober ini.

Menurut laporan, HyperOS 2.0 dijangka akan hadir dengan fungsi privasi baru iaitu Hidden camera detection’. Seperti namanya, fungsi ini membolehkan pengguna mencari atau mengesan kamera yang tersembunyi untuk melindungi privasi dan keselamatan.

Fungsi privasi baru dari Xiaomi ini diinspirasikan daripada Ingram, sebuah program yang dibangunkan berasaskan Pyhton. Ingram boleh mengesan kamera yang tersembunyi dengan melakukan analisis terhadap kekuatan isyarat, mengenalpasti alamat MAC, siaran SSID dan analisis trafik rangkaian.

Xiaomi boleh dikatakan antara pengeluar yang komited dalam menjaga dan melindungi privasi pengguna mereka. Berikutan itu, Xiaomi sentiasa berusaha untuk menambah baik dan meningkatkan privasi dan keselamatan pada peranti atau produk mereka.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN