Meta mengeluarkan permohonan maaf kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas memadam kandungan yang dimuat naik di Facebook dan Instagram yang bersimpati di atas pemergian Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh pada minggu lepas.
Berikutan itu, kerajaan Malaysia telah meminta Meta untuk menjelaskan situasi sebenar berkenaan perkara tersebut. Menurut Meta, perkara tersebut berlaku disebabkan oleh kesilapan operasi dan memohon maaf atas kesilapan tersebut.
Semua kandungan yang dipadam oleh Meta telahpun disiarkan semula dan terdapat label ‘untuk kesedaran awam’ yang diletakkan pada kandungan tersebut. Pada keadaan tertentu, kandungan tersebut akan dibenarkan walaupun bertentangan dengan Standard Komuniti yang telah ditetapkan.
Meta adalah syarikat induk yang memiliki 3 platform media sosial popular iaitu Facebook, Instagram dan WhatsApp.