Close

Skor penanda aras cip Snapdragon 8 Gen 4 tertiris

Qualcomm telahpun mengesahkan ketibaan cip andalan baru mereka iaitu Snapdragon 8 Gen 4 pada Oktober tahun ini.

Dalam perkembangan terbaru, skor penanda aras cip tersebut telah dikesan melalui aplikasi Geekbench. Melalui ujian tersebut, cip Snapdragon 8 Gen 4 telah mencatatkan skor 2884 untuk ujian teras tunggal dan 8840 untuk ujian multi teras. Cip ini menggunakan konfigurasi 8 teras dengan 2 teras berkelajuan 4.09 GHz dan 6 teras berkelajuan 2.78 GHz.

Secara keseluruhan, cip Snapdragon 8 Gen 4 menjanjikan peningkatan prestasi CPU sehingga 30% pada teras tunggal dan 35% pada multi teras berbanding cip Snapdragon 8 Gen 3. Cip ini akan dipadankan dengan GPU Adreno 830 namun tiada butiran yang dikongsi mengenai prestasi GPU.

Xiaomi dijangka akan menjadi pengeluar pertama yang akan menggunakan cip Snapdragon 8 Gen 4 untuk siri Xiaomi 15. Ini bukanlah perkara yang mengejutkan kerana Xiaomi turut menjadi pengeluar terawal menggunakan cip Snapdragon 8 Gen 3 pada siri Xiaomi 14.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN