Close

Platform media sosial sendiri bukan keutamaan kerajaan buat masa ini

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menyatakan pembangunan aplikasi media sosial khusus untuk rakyat Malaysia tidak menjadi keutamaan kerajaan pada ketika ini.

Kos untuk membangunkan platform media sosial sendiri adalah sangat tinggi dan ia bukanlah perkara yang mudah. Pada ketika ini, keutamaan kerajaan adalah untuk menyelesaikan masalah seperti sekolah daif, klinik daif dan sebagainya

Namun begitu, kerajaan tidak menolak sekiranya ada mana-mana pihak swasta di Malaysia berhasrat untuk membangunkannya platform tersebut. Selain itu, mereka boleh berhubung dengan Mosti (Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi) atau MDEC (Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia) untuk mendapatkan bantuan.

Kenyataan itu dibuat selepas kerajaan dikatakan sedang meneliti cadangan untuk mewujudkan aplikasi media sosial khusus untuk rakyat Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN