Close

Siri Xiaomi TV A (2025) tiba di Malaysia dengan harga bermula RM1499

Xiaomi Malaysia secara rasmi memperkenalkan TV pintar baru mereka iaitu siri Xiaomi TV A (2025) untuk pasaran tempatan. Tampil dengan pelbagai peningkatan yang lebih baik merangkumi rekaan dan spesifikasi.

Siri Xiaomi TV A (2025) hadir dengan 3 pilihan varian iaitu Xiaomi TV A 43″ Pro, Xiaomi TV A 55″ Pro dan Xiaomi TV A 55″. Semua varian hadir dengan resolusi skrin 4K dengan paparan 60Hz. Namun begitu, untuk Xiaomi TV A 43″ Pro dan Xiaomi TV A 55″ Pro ia menggunakan teknologi skrin Quantum Dot untuk memberikan warna yang lebih terang dan terperinci.

Seilain itu, siri Xiaomi TV A (2025) turut dilengkapi dengan teknologi audio Dolby Atmos, DTS:X dan DTS Virtual:X yang menjanjikan pengalaman audio yang lebih baik. Tidak ketinggalan, ia turut hadir dengan dua pembesar suara 10W. Menggunakan memori sebesar 2GB RAM dan storan dalaman 8GB ROM yang membolehkan pengguna memasang pelbagai perkhidmatan penstriman.

Dari segi sambungan, ia hadir dengan 2x HDMI, 2x USB 2.0, 1x Ethernet dan 1x AV untuk sambungan pelbagai peranti. Siri Xiaomi TV A (2025) turut menyokong pelbagai fungsi lain seperti sokongan Google Assistant, Chromecast dan Bluetooth 5.0.

Bagi yang berminat, siri Xiaomi TV A (2025) dijual di Malaysia dengan harga bermula RM1,499 untuk Xiaomi TV A 43″ Pro, RM2399 untuk Xiaomi TV A 55″ Pro dan RM1999 Xiaomi TV A 55″. Anda boleh membeli siri Xiaomi TV A (2025) dengan harga promosi RM1249 (Xiaomi TV A 43″ Pro), RM1999 (Xiaomi TV A 55″ Pro) dan RM1699 (Xiaomi TV A 55″). Namun begitu, harga promosi ini ditawarkan untuk masa terhad sahaja.

ARTIKEL BERKAITAN