Close

realme perkenal pengecasan 320W Supersonic – Cas penuh dalam masa 4 minit 30 saat

realme secara rasmi memperkenalkan teknologi pengecasan baru mereka iaitu 320W Supersonic Charge.

Menurut realme, teknologi pengecasan ini mampu mengecas dari 1 hingga 100% hanya dalam masa 4 minit 30 saat sahaja. Bagi pengecasan sehingga 50%, ia hanya mengambil masa sekitar 1 minit 55 saat. Teknologi pengecasan ini dikatakan lebih pantas berbanding pengecasan Redmi 300W.

Namun begitu, tempoh pengecasan ini mungkin berbeza dan bergantung kepada kapasiti bateri yang digunakan pada peranti. realme turut membangunkan teknologi bateri baru yang menggunakan empat sel bateri berbeza dengan kapasiti 4420mAh. Bateri ini menggunakan rekaan yang nipis dengan ketebalan sekitar 3mm sahaja.

Selain itu, realme turut menghasilkan pengecas Pocket Cannon yang hadir dengan rekaan kompak dengan sokongan dua port USB-C. Pengecas ini turut dilengkapi dengan teknologi “AirGap” Voltage Transformer bagi memastikan pengecasan menjadi lebih selamat dan cekap kuasa.

ARTIKEL BERKAITAN