Close

Google Pixel Buds Pro 2 dan Pixel Watch 3 turut tiba di Malaysia dengan harga bermula RM1099

Pada acara yang sama, Google turut memperkenal dua peranti boleh pakai baru mereka iaitu Pixel Buds Pro 2 dan Pixel Watch 3.

Untuk Pixel Buds Pro 2, ia hadir dengan rekaan yang hampir sama namun lebih kecil dan lebih ringan berbanding generasi sebelumnya. Peranti ini dikuasakan dengan cip Tensor A1 yang menjanjikan kualiti audio yang lebih baik.

Google menyatakan yang TWS ini mampu menawarkan keupayaan Active Noise Cancellation (ANC) dua kali ganda lebih baik melalui fungsi Silent Seal 2.0. Tidak ketinggalan, Pixel Buds Pro 2 merupakan TWS pertama dari Google yang menyokong fungsi AI melalui Gemini. Dari segi ketahanan bateri, ia mampu bertahan sehingga 8 jam dengan mod ANC dan 12 jam dengan mod ANC dimatikan. Selain itu, TWS ini turut menyokong fungsi penjejakan melalui Find My Device.

Manakala untuk Pixel Watch 3, ia ditawarkan dalam 2 pilihan saiz iaitu 1.2-inci dengan 41mm dan 1.4-inci dengan 45mm. Kedua-dua peranti ini dilengkapi dengan skrin AMOLED dan kecerahan puncak 200 nits. Dikuasakan dengan cip W5+ Gen 1 yang dipadankan dengan 2GB dan storan dalaman 32GB.

Peranti ini dilengkapi dengan pelbagai sensor seperti ECG, SpO2, suhu kulit, GPS, barometer, giroskop, magnetometer, penjejak nadi dan juga UWB. Dimuatkan dengan bateri 307mAh (41mm) dan 420mAh (45mm) yang mampu bertahan sehingga 36 jam untuk penggunaan biasa dan 24 jam dengan fungsi Always On Display (AOD) diaktifkan. Pixel Watch 3 ini menjalankan sistem operasi Wear OS 5.0 dan

Untuk pasaran Malaysia, Pixel Buds Pro 2 dijual pada harga RM1099. Manakala untuk Pixel Watch 3, ia dijual pada harga RM1849 untuk 41mm dan RM1999 untuk 45mm. Bagi yang berminat, Pixel Watch 3 boleh mula dibeli bermula 10 September sementara Pixel Buds Pro 2 pula boleh dibeli bermula 22 September.

ARTIKEL BERKAITAN