Close

Mercedes-Benz EQS 450 4Matic SUV tiba di Malaysia dengan harga bermula RM626K

Mercedes-Benz Malaysia kini sedia untuk menawarkan satu lagi pilihan kenderaan elektrik (EV) untuk pengguna tempatan melalui model Mercedes-Benz EQS 450 4Matic SUV.

Mercedes-Benz EQS 450 4Matic SUV hadir dengan sistem pacuan empat roda dengan dua motor elektrik yang mampu menghasilkan kuasa 360 hp dan 800 Nm. Boleh memecut dari 0 ke 100 km/j hanya dalam 6.1 saat dengan kelajuan maksimum 210 km/j.

Dilengkapi dengan bateri Nickel Manganese Cobalt (NMC) yang berkapasiti 118 kWh yang mampu bergerak sejauh 673 km (WLTP). Dari segi pengecasan, ia menyokong pengecasan AC pada 22 kW dan pengecasan pantas DC pada 200 kW yang mampu mengecas dari 10 hingga 80% dalam masa 31 minit.

Untuk mod pemanduan, Mercedes-Benz EQS 450 4Matic SUV ini hadir dengan 5 mod pemanduan dinamik iaitu Eco, Comfort, Individual, Sport dan juga Offroad. Dalam mod pemanduan Offroad, ia menawarkan gaya pemanduan yang lebih responsif dan lasak. Selain itu, ia turut dimuatkan dengan sistem suspensi AIRMATIC dan sistem swapandu tahap dua.

Dari segi sistem keselamatan, ia dilengkapi dengan Driving Assistance Package Plus, Active Lane Keeping Assist, Active Steering Assist, Evasive manoeuvre support dan Pre-Safe Impulse Side. Terdapat juga fungsi Active Parking Assist dengan Parktronic dan kamera 360 darjah.

Di Malaysia, Mercedes-Benz EQS 4Matic SUV dijula pada harga bermula RM626K. Bagi yang berminat, ia boleh dipra-tempah bermula hari ini dengan penghantaran akan bermula sekitar September 2024.

ARTIKEL BERKAITAN