Dalam usaha menawarkan pengalaman penggunaan yang lebih baik. Google melalui aplikasi Google Drive telah membawakan fungsi yang membolehkan pengguna membuat atau menukar fail imej kepada fail Portable Document Format (PDF).
Untuk menggunakan fungsi ini boleh dikatakan agak mudah dan senang. Untuk perkongsian kali ini, kami ingin berkongsi cara untuk buat fail PDF melalui aplikasi Google Drive.
Cara buat fail PDF guna aplikasi Google Drive :
- 1- Buka aplikasi Google Drive.
- 2- Pilih + New atau tekan ikon kamera.
- 3- Seterusnya, pilih Scan.
- 4- Scan imej yang ingin ditukar kepada fail PDF.
- 5- Selepas selesai, simpan atau tukar nama fail tersebut.
- 6- Fail PDF akan disimpan dalam Google Drive.
Menarik mengenai fungsi ini, pengguna boleh memilih atau melakukan scan secara automatik atau secara manual. Selain itu, pengguna juga mempunyai pilihan untuk melakukan suntingan pada fail seperti filter, retake, clean dan crop & rotate. Pengguna juga boleh menambah apa-apa imej yang telah diambil untuk ditukar kepada fail PDF.
Fungsi ini telahpun tersedia untuk pengguna Android dan iOS. Aplikasi ini boleh dimuat turun melalui Apple App Store dan Google Play Store.