Seperti yang kita tahu, model paling premium untuk siri Samsung Galaxy S adalah model ‘Ultra’. Namun, untuk generasi seterusnya, Samsung mungkin akan menggunakan nama ‘Galaxy S Note’ untuk model paling premium.
Google had a weird name for Fold but they are not the only one
— Yogesh Brar (@heyitsyogesh) August 16, 2024
I hear Samsung could do the same
Ultra could be called Note, Plus would be Pro
What sounds better?
Galaxy S25 Ultra or Galaxy S25 Note ?
Menurut laporan, Samsung mungkin akan menggunakan nama lain pada Galaxy S25 Ultra dan Galaxy S25+. Untuk model paling premium ia akan dipanggil sebagai Galaxy S25 Note bukan lagi Galaxy S25 Ultra. Model pertengahan iaitu ‘Plus’ akan turut diganti dengan nama ‘Pro’. Bermaksud, ia akan dikenali sebagai Galaxy S25 Pro.
What is the biggest problem with the S24 Ultra design?
— ICE UNIVERSE (@UniverseIce) August 16, 2024
The number one flaw is that the horizontal screen-to-body ratio is too low. The body width is 79mm, of which only 72.3mm is the screen, and the remaining 6.7mm is all the frame and the middle frame, which makes the hand feel… pic.twitter.com/YjCVWgWeKi
Selain hadir dengan nama yang berbeza, Galaxy S25 Note dijangka akan turut hadir dengan rekaan yang lebih baik dan berbeza dari model sebelumnya. Model ini akan menggunakan rekaan sisi yang lebih bulat dengan bingkai skrin yang lebih nipis.
Sekiranya laporan ini tepat, Samsung akhirnya menggunakan kembali nama ‘Note’. Kali terakhir Samsung menggunakan nama ini adalah pada Galaxy Note 20 Ultra yang diperkenalkan pada 2020. Galaxy S25 Ultra dilihat sesuai untuk menggunakan nama tersebut memandangkan ia hadir dengan pelbagai fungsi Galaxy Note.
S25U branding has been fixed, since the talks of rebranding are on maybe they will consider doing it with S26
— Yogesh Brar (@heyitsyogesh) August 16, 2024
Namun begitu, terdapat laporan menyatakan pengguna nama tersebut hanya akan digunakan bermula siri Galaxy S26.