Close

Amsterdam haramkan penjawat awam guna aplikasi Telegram

Perbandaran Amsterdam mengharamkan aplikasi permesejan Telegram untuk digunakan pada fon kerja berikutan kebimbangan terhadap keselamatan.

Menurut laporan, penjawat awam di Amsterdam dilarang atau diharamkan untuk menggunakan aplikasi Telegram pada fon kerja. Larangan tersebut dibuat berikutan kebimbangan terhadap isu keselamatan dan juga potensi pengintipan.

Larangan tersebut dikatakan telahpun dilaksanakan sejak April lalu namun baru dikongsi kepada umum selepas aplikasi tersebut dikaitkan sebagai tempat perlindungan selamat untuk penggodam, penjenayah siber dan pengedar dadah.

Selain aplikasi Telegram, aplikasi Temu dan AliExpress turut disenaraikan sebagai aplikasi yang berisiko kepada masalah keselamatan. Telegram kini menjadi aplikasi terbesar yang diharamkan oleh Belanda selepas TikTok.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN