Close

GoPro bakal memberhentikan 15% pekerja pada tahun ini

Pengeluar kamera aksi popular iaitu GoPro bakal memberhentikan 15% pekerja mereka pada tahun ini. Langkah tersebut diambi kerana perlaksanaan penstrukturan semula syarikat.

Disebabkan oleh perlaksanaan tersebut, seramai 139 daripada 925 pekerja dijangka akan diberhentikan. Penstrukturan tersebut dijangka akan dibuat bermula pada suku ketiga sehingga menjelang akhir tahun 2024.

Pada awal bulan lalu, GoPro mencatatkan penurunan hasil sebanyak $186 juta iaitu sekitar 22.7% berbanding tahun lalu. Dalam masa yang sama, kos perbelanjaan operasi pula meningkat kepada $103 juta iaitu sekitar 5% berbanding tahun yang sama.

Penstrukturan semula syarikat bukanlah perkara baru. Syarikat teknologi besar seperti Google, Amazon dan Meta turut melakukan perkara yang sama bagi memastikan syarikat menjadi lebih efisien pada masa akan datang

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN