Seperti yang kita tahu, WhatsApp sedang menguji fungsi ‘username’ sebagai alternatif untuk menggantikan nombor telefon kepada nama pengguna.
Dalam perkembangan terbaru, fungsi tersebut dilihat akan turut hadir dengan sokongan PIN sebagai lapisan privasi tambahan. Sokongan PIN ini memerlukan pengguna menetapkan 4 kod digit atau lebih. PIN tersebut diperlukan pengguna lain atau kenalan baru untuk memulakan perbualan dengan menggunakan username.
Namun begitu, PIN tersebut tidak diperlukan untuk pengguna sedia ada. Sokongan PIN ini adalah untuk mengehadkan mesej yang tidak diingini dan hanya membenarkan pengguna yang mempunyai PIN sahaja boleh memulakan perbualan.
Selain itu, pengguna yang mempunyai nombor telefon boleh memilih untuk menggunakan username bagi memulakan perbualan baru pada masa akan datang.
Fungsi ini masih lagi dalam fasa ujian dan tidak dapat dipastikan bilakah ia akan tersedia kepada pengguna.