Close

Samsung bangunkan teknologi skrin OLED yang lebih jimat kuasa

Samsung dijangka akan memperkenalkan teknologi skrin OLED baru yang lebih jimat kuasa tidak lama lagi.

Menurut laporan, Samsung sedang membangunkan teknologi skrin OLED baru yang jimat kuasa. Teknologi baru ini dikatakan dapat menggurangkan penggunaan kuasa sehingga 50% berbanding skrin OLED yang ditawarkan di pasaran ketika ini.

Teknologi skrin OLED baru ini dihasilkan tanpa filem polarizer yang menjadikan panel ini lebih cekap kuasa. Dengan teknologi ini, ia membolehkan peranti dapat digunakan dengan lebih panjang biarpun dengan kapasiti bateri yang sama. Selain itu, dengan adanya teknologi ini pengguna tidak lagi perlu mengecas peranti dengan kerap berikutan jangka hayat bateri yang lebih panjang.

Namun begitu, Samsung tidak mendedahkan secara terperinci mengenai ketibaan teknologi ini pada peranti keluaran mereka. Apa yang boleh dikatakan, teknologi ini adalah inovasi yang menarik untuk dilihat pada masa hadapan.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN