Close

Prasarana digodam – Data sistem dalaman dicuri

Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) mengesahkan yang mereka telah menjadi mangsa kepada serangan siber oleh kumpulan yang dikenali sebagai RansomHub.

Menurut Prasarana, serangan tersebut melibatkan sebahagian data daripada sistem dalaman mereka. Berikutan itu, satu pasukan keselamatan siber telah diwujudkan untuk mengenal pasti dan menangani serangan tersebut.

Selain itu, pihak mereka turut bekerjasama dengan pakar keselamatan siber untuk menyiasat serta mengambil langkah mitigasi. Pada ketika ini, keutamaan syarikat adalah pada keselamatan dan kebolehpercayaan perkhidmatan pengangkutan awam. Namun begitu, serangan ini dikatakan tidak menjejaskan operasi harian.

Sebelum ini, FalconFeedsio melalui platform X mendedahkan Prasarana Malaysia Berhad telah menjadi mangsa serangan siber oleh RansomHub. Data syarikat 316GB dikatakan telah dicuri dan akan dedahkan secara umum dalam masa 7 hari.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN