realme Malaysia nampaknya sudah bersedia untuk membawakan peranti baharu ke pasaran tempatan selepas siri realme 13 dikesan melepasi pengesahan SIRIM Malaysia.
Siri realme 13 telah dikesan melepasi SIRIM Malaysia pada 30 Julai hingga 15 Ogos 2024. Sebanyak 4 model telah dikesan iaitu RMX3921 (realme 13 Pro+ 5G), RMX3951 (realme 13 5G), RMX3988 (realme 15 Pro 5G) dan RM5000 (realme 13+ 5G). Semua model tersebut didaftarkan di bawah syarikat DTL Malaysia Sdn Bhd.
siri realme 13 menjadi model terawal yang diintergrasikan dengan kecerdasan buatan (AI) untuk fotografi. Hadir dengan pelbagai fungsi AI yang menarik untuk fotografi seperti AI HyperRAW Algorithm, AI Pure Bokeh, AI Natural Skin Tone, AI Ultra Clarity, AI Smart Removal, AI Audio Zoom dan AI Group Enhance.
Selain itu, keupayaan kamera akan dibantu dengan teknologi HYPERIMAGE+ yang menjanjikan hasil imej yang lebih baik berbanding model sebelumnya. HYPERIMAGE+ adalah teknologi baru yang diperkenalan oleh realme yang menawarkan keupayaan fotografi dalam pelbagai keadaan cahaya.
Namun begitu, tiada sebarang maklumat mengenai tarikh pelancaran dan harga jualan yang dikongsi oleh realme Malaysia. Kita mungkin boleh menjangkakan ia akan diumumkan dalam masa terdekat.