Close

XPeng G6 tiba di Malaysia dengan harga bermula RM166K

XPeng melalui pengedar rasmi mereka iaitu Bermaz Auto Berhad secara rasmi memperkenalkan kenderaan elektrik (EV) XPeng G6 untuk pasaran tempatan. XPeng G6 merupakan sebuah SUV EV yang akan menjadi pesaing kepada Tesla Model Y, Ora Good Cat, MG ZS EV dan Omodo E5.

XPeng G6 dibina dengan menggunakan Smart Electric Platform Architecture 2.0 (SEPA 2.0) yang dipadankan dengan platform bateri 800V. Ditawarkan dalam 2 pilihan varian iaitu G6 580 Pro dan G6 755 Pro.

Untuk G6 580 Pro, ia hadir dengan motor tunggal (RWD) yang mampu menghasilkan kuasa 255 hp dengan tork 440 Nm. Mampu memecut dari 0 ke 100 km/j hanya dalam 6.6 saat dengan kelajuan maksimum 200 km/j.

Dilengkapi dengan bateri LFP yang berkapasiti 66 kWh yang mampu bergerak sejauh 435 km (WLTP). Untuk pengecasan, ia menyokong pengecasan pantas DC pada 215 kW dan pengecasan AC pada 11 kW.

Manakala untuk G6 775 Pro, ia hadir dengan motor tunggal (RWD) yang mampu menghasilkan kuasa 282 hp dengan tork 440 Nm. Mampu memecut dari 0 ke 100 km/j hanya dalam 6.2 saat dengan kelajuan maksimum 200 km/j.

Menggunakan teknologi bateri NMC dengan kapasiti yang lebih besar iaitu 87.5 kWh, mampu bergerak sejauh 570 km (WLTP). Dari segi pengecasan, ia menyokong pengecasan pantas DC pada 280 kW dan pengecasan AC pada 11 kW.

Di Malaysia, XPeng G6 580 Pro dijual pada harga bermula RM165,820 dan G6 755 Pro pula dijual pada harga bermula RM185,820. Dari segi jaminan, ia didatangkan dengan jaminan kilang selama 5 tahun atau 120,000 km, manakala untuk bateri ia hadir dengan jaminan selama 8 tahun atau 160,000 km.

ARTIKEL BERKAITAN