Xiaomi dijangka akan memperkenal fon tanpa butang tidak lama lagi. Peranti ini dijangka akan tiba pada awal tahun 2025.
Menurut laporan, Xiaomi telah membangunkan fon tanpa butang dengan menggunakan kod nama Zhuque. Seperti namanya, fon ini tidak akan mempunyai sebarang butang fizikal sebaliknya akan diganti dengan sensor khas. Sensor ini dikatakan akan menyokong pelbagai kawalan seperti kawalan gestur, kawalan tekanan dan juga arahan suara.
Namun begitu, tiada maklumat yang dikongsi mengenai teknologi sensor yang digunakan berikutan ia masih di peringkat awal pembangunan. Selain itu, peranti ini akan turut dilengkapi dengan teknologi kamera swafoto bawah skrin seperti mana digunakan pada nubia Z60 Ultra dan Red Magic 9. Peranti ini dijangka akan hadir dengan cip Snapdragon 8 Gen 4.
Fon tanpa butang bukanlah perkara baru, sebelum ini telah ada beberapa pengeluar yang menghasilkan peranti ini seperti Meizu Zero dan vivo Apex. Sekiranya laporan ini, kita mungkin akan melihat era buat fon tanpa butang tidak lama lagi.