HMD secara rasmi memperkenalkan fon lipat retro yang bertemakan Barbie. Peranti ini dihasilkan dengan kerjasama Mattle dan tidak menyokong sebarang aplikasi media sosial.
Seperti namanya, fon lipat retro ini tampil dengan kemasan dan pilihan warna bertemakan Barbie. Bukan itu sahaja, ia turut hadir dengan tema perisian Barbie yang merangkumi ikon aplikasi, wallpaper, bunyi dan aksesori bertemakan Barbie.
Peranti ini hadir dengan skrin utama bersaiz 2.8-inci dan skrin luar bersaiz 1.77-inci. Menggunakan kamera tunggal belakang dengan sensor VGA 0.3MP.
Dikuasakan dengan cip Unisoc T107 yang dipadankan dnegan 64MB RAM dan storan dalaman 128MB yang turut menyokong kad mikroSD sehingga 32GB. Menjalankan sistem operasi yang dipanggil sebagai S30+ atau KaiOS untuk pasaran Eropah.
Menggunakan bateri yang boleh ditanggal dengan kapasiti 1450mAh yang menyokong pengecasan USB-C. Spesifikasi lain yang turut dibawakan adalah seperti Bluetooth 5.1, bicu audio 3.5mm dan sokongan dual SIM.
Di Eropah, HMD Barbie Phone ini dijual pada harga sekitar €129 (RM627). Tidak dapat dipastikan peranti ini akan tersedia untuk pasaran tempatan atau sebaliknya.