Menteri Komunikasi iaitu Fahmi Fadzil, menyatakan tiada rancangan untuk menangguhkan kerangka kawal selia untuk melesenkan perkhidmatan media sosial dan pesanan Internet mulai 1 Januari 2025.
Menurut beliau lagi, kerajaan kekal dengan pendirian untuk melaksanakan perkara tersebut. Perbincangan bersama wakil platform media sosial telahpun dibuat dan mendapat pandangan yang positif.
Sebelum ini, Asian Internet Coalition (AIC) telah meminta kerajaan untuk menangguhkan perlaksanaan perlesenan platform media sosial dan pesanan internet. AIC merupakan persatuan yang mewakili Google, Meta, X, Apple Inc, Amazon dan Grab menyatakan perlaksanaan perkara tersebut akan menghalang dan inovasi dan membebankan industri berkenaan.
Dalam pada itu, kerajaan secara terbuka bersedia untuk bertemu dengan pihak AIC atau mana-mana pihak dalam memberikan maklumat dan taklimat mengenai perlaksanaan tersebut.