Xiaomi dijangka akan memperkenalkan cip sendiri tidak lama lagi. Cip ini dikatakan akan dihasilkan dengan kerjasama Unisoc.
Xiaomi's SoC project is going strong
— Yogesh Brar (@heyitsyogesh) August 26, 2024
Based on TSMC's N4P
Performance numbers similar to Snapdragon 8 Gen 1
5G modem by Unisoc
Reveal will happen H1 2025
2025 is a big year for Xiaomi with many revolutionary products in pipeline..
Menurut laporan, Xiaomi dan Unisoc akan berkerjasama dalam menghasilkan cip yang akan digunakan pada peranti Xiaomi. Cip ini dijangka akan diperkenalkan pada separuh pertama tahun 2025.
Cip dari Xiaomi ini akan dibina dengan teknologi nod N4P 4nm dari TSMC dan akan menggunakan modem 5G yang dibangunkan oleh Unisoc. Dari segi prestasi, cip ini dikatakan mempunyai prestasi seperti mana yang ditawarkan oleh cip Snapdragon 8 Gen 1.
Ini bukan kali pertama Xiaomi menghasilkan cip sendiri. Sebelum ini, Xiaomi pernah menghasilkan cip sendiri dengan nama Surge S1 yang menggunakan teknologi nod 28nnm. Cip ini telah digunakan pada Mi 5C yang diperkenalkan pada 2017.