Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 mula diterima oleh penerima sedia ada yang layak bermula hari ini. Sebelum ini, Kerajaan mengumumkan yang STR Fasa 3 akan mula diberikan bermula 29 Ogos 2024.
Manakala, untuk penerima baru dan rayuan bayaran akan diterima pada 18 September 2024. Pembayaran STR Fasa 3 melibatkan seramai 8.5 juta penerima dengan kadar bayaran antara RM50 hingga RM650 mengikut kategori.
Pembayaran STR Fasa 3 akan dikreditkan secara berperingkat melalui akaun bank atau secara tunai melalui Bank Simpanan Nasional (BSN).
Untuk semakan status kelayakan atau maklumat lanjut mengenai STR boleh layari laman rasmi bantuantunai.hasil.gov.my.