Close

Rekaan Google Pixel 9a tertiris – Guna rekaan berbeza dari siri Pixel 9?

Seperti kebiasaan, Google akan turut memperkenalkan versi Pixel yang lebih mampu milik melalui Pixel a. Model seterusnya yang akan diperkenalkan adalah Pixel 9a.

Terbaru, imej yang didakwa sebagai Pixel 9a telahpun tertiris. Melalui imej tersebut memperlihatkan beberapa maklumat mengenai peranti tersebut. Peranti ini dilihat akan menggunakan rekaan sisi jenis rata dengan kemasan jenis kesat. Menggunakan skrin hadapan jenis rata dan terdapat kamera swafoto jenis punchole di tengah.

Apa yang menarik, rekaan kamera belakang Pixel 9a dilihat berbeza dari siri Pixel 9. Tidak lagi menggunakan rekaan bonggol kamera sebaliknya menggunakan rekaan jenis rata dengan tetapan dwi-kamera. Selain itu, terdapat juga butang kuasa dan butang suara yang diletakkan pada bahagian kanan.

Pixel 9a dijangka akan turut dilengkapi dengan cip Tensor G4 sekaligus akan menyokong kecerdasan buatan Gemini. Peranti ini dijangka akan diperkenalkan pada penghujung tahun ini.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN