Close

Cip Snapdragon 6 Gen 3 diumumkan – Apa yang baru?

Qualcomm secara rasmi memperkenalkan cip baru mereka iaitu Snapdragon 6 Gen 3. Merupakan cip kelas pertengahan dan pengganti kepada cip Snapdragon 6 Gen 1.

Qualcomm mendakwa, cip Snapdragon 6 Gen 3 menawarkan peningkatan CPU sehingga 10%, GPU sehingga 30% dan prestasi AI sehingga 20% berbanding cip Snapdragon 6 Gen 1 yang diperkenalkan pada 2022.

Cip Snapdragon 6 Gen 3 menggunakan teknologi binaan 4nm dari Samsung. Menggunakan konfigurasi 8 teras dengan 4x Cortex-A78 dengan kelajuan 2.4GHz + 4x Cortex-A55 dengan kelajuan 1.8GHz. Untuk prestasi grafik, ia menggunakan GPU Adreno 710.

Selain itu, cip ini menyokong teknologi RAM LPPDR5 dan storan dalaman UFS 3.1. Dari segi rakaman video, cip ini menyokong rakaman sehingga 4K 30fps. Spesifikasi lain yang turut dimuatkan adalah seperti teknologi pengecasan Quick Charge 4+, WiFi 6E, Bluetooth 5.2 dan sokongan sensor kamera sehingga 200MP atau tri-kamera dengan 16MP.

Buat masa ini, tiada sebarang maklumat mengenai peranti terawal yang menggunakan cip ini.

ARTIKEL BERKAITAN