Sub-jenama Xiaomi iaitu Redmi secara rasmi melancarkan peranti kelas permulaan baharu iaitu Redmi 14C. Tampil dengan pelbagai peningkatan yang lebih baik dari segi spesifikasi dan rekaan.
Redmi 14C hadir dengan skrin IPS LCD bersaiz 6.88-inci dengan resolusi HD+. Turut menyokong paparan 120Hz dan kecerahan puncak 600 nits. Dikuasakan dengan cip MediaTek Helio G81 Ultra yang dipadankan dengan RAM sehingga 8GB LPDDR4X dan storan dalaman sehingga 256GB eMMC 5.1.
Untuk fotografi, ia menggunakan tetapan dwi-kamera belakang dengan sensor utama 50MP dan sensor kedalaman. Manakala untuk swafoto, ia hadir dengan sensor sebesar 13MP. Dimuatkan dengan bateri 5160mAh yang menyokong pengecasan pantas 18W.
Spesifikasi lain yang turut dibawakan seperti pengimbas cap jari pada butang kuasa, bicu audio 3.5mm, Bluetooth 5.4 dan menjalankan sistem operasi HyperOS.
Di Chezch Republic, Redmi 14C dijual pada harga bermula sekitar CZK 2999 (RM573). Ditawarkan dalam 4 pilihan warna Midnight Black, Sage Green, Dreamy Purple dan Starry Blue.