Close

iPhone 17 Pro Max mungkin dilengkapi dengan 12GB RAM

Apple dijangka akan menggunakan RAM yang lebih besar untuk model paling premium mereka iaitu iPhone 17 Pro Max.

Menurut laporan, Apple akan menggunakan 12GB RAM pada iPhone 17 Pro Max untuk memberikan keupayaan dan peningkatan yang lebih baik untuk Apple Intelligence. Berikutan itu, keupayaan AI akan menjadi fokus untuk jualan iPhone 17 Pro Max.

Selain menggunakan RAM lebih besar, iPhone 17 Pro Max dijangka akan turut dilengkapi dengan teknologi sistem penyejukan yang lebih baik.

Laporan tersebut turut menyatakan, hanya iPhone 17 Pro Max sahaja yang akan dilengkapi dengan 12GB RAM. Manakala, untuk iPhone 17, iPhone 17 Slim dan iPhone 17 Pro akan dilengkapi dengan 8GB RAM dan kekal menggunakan sistem penyejukan yang sama.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN