BYD telah memperkenalkan EV baru bersaiz hatchback mereka iaitu Seal 06 GT di acara Chengdu Auto Show 2024.
Seal 06 GT dihasilkan berdasarkan kepada konsep Ocean-M yang telah diperlihatkan pada tahun lalu di China. Dibina menggunakan e-platform 3.0 Evo yang lebih maju dan tampil dengan rekaan yang sporty.
Hadir dengan dua pilihan konfigurasi iaitu motor tunggal dan dwi motor. Untuk motor tunggal, ia hadir dengan dua pilihan kuasa iaitu 160 kW dengan tork 310 Nm dan 165 kW dengan tork 330 Nm. Manakala untuk dwi motor, ia menawarkan kuasa 310 kW yang mampu memecut dari 0 ke 100 km/j hanya dalam 4.9 saat.
Dilengkapi dengan dua pilihan kapasiti bateri iaitu 59.52 kWh atau 72.96 dengan jarak gerak yang ditawarkan sekitra 505 km hingga 605 km (CLTC). Menggunakan teknologi SiC (Silicon Carbide) dan dibina berasaskan kepada platform 800V untuk pengecasan dan penghantaran kuasa yang lebih pantas. BYD mendakwa ia mampu mengecas dari 30% ke 80% hanya dalam 20 minit sahaja.
Di China, harga jualan untuk Seal 06 GT adalah bermula sekitar CNY150,000 (RM91K) hingga CNY200,000 (RM121K). Selain itu, model ini akan diposisikan di antara model Seal dan Dolphin.