HUAWEI telah menjadualkan acara pelancaran peranti baru mereka pada 10 September ini.
Walau bagaimanapun, tiada sebarang maklumat mengenai peranti yang dikongsi oleh HUAWEI. Namun begitu, jika merujuk kepada imej poster pelancaran memperlihatkan terdapat bentuk seperti huruf Z yang memberi gambaran peranti ini berkemungkinan adalah fon dengan skrin tri-lipat atau tri-fold.
Peranti ini dilaporkan akan mempunyai dua engsel dengan skrin sebesar 10-inci apabila dibuka sepenuhnya. Selain itu, peranti ini berkemungkinan akan hadir dengan rekaan yang nipis berbanding telefon lipat yang ditawarkan di pasaran pada ketika ini.
Sekiranya tepat, HUAWEI bakal menjadi pengeluar pertama yang akan memperkenalkan fon dengan skrin tri-lipat.