Close

Motorsikal baru 150cc ke atas wajib ada sistem ABS bermula tahun depan

Semua motorsikal baru yang berkapasiti 150cc dan ke atas wajib dilengkapi dengan Antilock Brake System (ABS) bermula tahun depan.

Perkara tersebut diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri iaitu Datuk Seri. Dr Ahmad Zahid Hamidi. Menurut beliau, ia merupakan inisiatif kerajaan bagi mengurangkan risiko berlakunya kemalangan jalan raya.

Menurut data dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia, sistem ABS mampu mengurangkan risiko kematian sekitar 31% semasa kemalangan. Selain itu, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) telahpun melaksanakan Program Penilaian Motosikal Malaysia (MyMAP) terhadap 28 model daripada tujuh syarikat motosikal.

Dalam masa yang sama, beliau turut mencadangkan untuk menurunkan had laju di zon sekolah daripada 40 km/j kepada 30 km/j.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN