Bluetooth Special Interest Group (SIG) secara rasmi mengumumkan Bluetooth versi baru iaitu 6.0. Hadir dengan beberapa peningkatan yang lebih baik dari generasi sebelumnya.
Peningkatan paling ketara pada Bluetooth 6.0 adalah kemampuan penjejakan yang lebih baik melalui fungsi Channel Sounding. Fungsi ini, membolehkan pengguna mengenal pasti jarak peranti dengan lebih tepat sekaligus menjadikan fungsi ‘find my device‘ menjadi lebih baik dan lebih sensitif.
Selain itu, keupayaan teknologi rangkaian tanpa wayar turut dipertingkat yang membolehkan ia menyokong tugas seperti membuka kunci kereta dan smart locks. Kadar pendam juga kini lebih rendah sekaligus dapat meningkatkan kelajuan pemindahan data. Bluetooth 6.0 juga akan menawarkan jangka hayat bateri yang lebih baik.
Namun begitu, tidak dapat dipastikan bilakan teknologi Bluetooth 6.0 akan mula digunakan pada peranti.