Close

JPJ buka bidaan nombor plat ‘EV’ khas untuk kenderaan elektrik

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) membuka bidaan nombor plat EV yang dikhaskan untuk kenderaan elektrik (EV) sepenuhnya. Bidaan nombor plat tersebut bermula pada 9 September hingga 13 September 2024.

Nombor plat EV ini tidak boleh digunakan pada kenderaaan bukan elektrik termasuklah kenderaan hybrid. Pengenalan nombor plat EV ini adalah untuk membezakan antara kenderaan biasa dan juga kenderaan elektrik. Dengan perbezaan tersebut, ia memudahkan orang ramai atau pihak bertanggungjawab mengenalpasti kenderaan EV berikutan ia memerlukan protokol keselamatan yang berbeza dari kenderaan biasa.

Nombor plat pendaftaran khas untuk kenderaan elektrik akan bermula dengan huruf EV dan akan diikuti dengan angka. Nombor plat khas ini akan ditawarkan seperti nombor plat biasa iaitu dari angka 1 sehingga ke 9999, akan diteruskan dengan EVA, EVB dan seterusnya.

ARTIKEL BERKAITAN