Seperti kita tahu, siri iPhone 16 dikuasakan dengan cip baru iaitu A18 dan A18 Pro. iPhone 16 dan 16 Plus menggunakan cip A18 manakala iPhone 16 Pro dan 16 Pro Max pula menggunakan cip yang lebih berkuasa iaitu A18 Pro.
Untuk cip A18 Pro, ia masih menggunakan teknologi binaan 3nm namun dihasilkan dengan proses pembuatan generasi kedua. Cip ini dilengkapi dengan 6 konfigurasi teras dengan 2x teras pretasi + 4x teras kecekapan.
Apple mendakwa cip ini menawarkan peningkatan prestasi CPU sehingga 15% dan 30% lebih jimat kuasa berbanding cip A17 Pro. Selain itu, Apple turut menyatakan yang cip ini dilengkapi dengan CPU paling berkuasa yang ada di pasaran pada ketika ini.
Untuk prestasi GPU, ia masih menggunakan konfigurasi 6 teras yang menawarkan peningkatan prestasi sehingga 20%. Selain itu, GPU ini mampu menjalankan permainan konsol secara terus pada peranti dengan kuasa memproses ray-tracing 2x kali lebih pantas. Kemampuan NPU juga 2x kali lebih pantas berbanding model sebelumnya. Tidak ketinggalan, ia turut menyokong paparan ProMotion, USB-C dengan teknologi USB 3, AOD dan rakaman ProRes video.
Manakala untuk cip A18, turut menggunakan teknologi binaan 3nm dengan konfigurasi 6 teras iaitu 2x teras utama + 4x teras kecekapan. Apple menyatakan, cip ini menawarkan peningkatan prestasi CPU sehingga 30% dan 30% lebih jimat kuasa berbanding cip A16 Bionic.
Perbezaan ketara cip A18 dan cip A18 Pro adalah pada prestasi GPU. Hadir dengan konfigurasi 5 teras yang menawarkan peningkatan GPU sebanyak 40% dan 35% lebih jimat kuasa berbanding cip model sebelumnya. Kemampuan NPU sama seperti cip A18 Pro namun cip ini tidak menyokong paparan ProMotion dan rakaman video ProRes.
Kemampuan NPU pada cip A18 ini adalah sama seperti A18 Pro. Yang membezakan antara kedua-dua cip ialah A18 tidak boleh melakukan rakaman video ProRes dan tidak menyokong paparan ProMotion.