Apple tidak pernah mendedahkan maklumat mengenai pengecasan yang digunakan pada peranti mereka termasuklah pada siri iPhone 16.
THIS IS A VERY GOOD NEWS
— ShrimpApplePro 🍤 ずっと真夜中でいいのに (@VNchocoTaco) September 12, 2024
All the iPhone 16 series has up to 45W wired charging! According to the CQC https://t.co/nlRIvrBib5 pic.twitter.com/8cUnGDsLMI
Terbaru, berdasarkan maklumat pensijilan China Quality Certification Centre mendedahkan yang siri iPhone 16 menyokong pengecasan pantas berwayar sehingga 45W. Merujuk kepada maklumat tersebut, semua iPhone 16 telah diuji pada 5 -15 voltan dan 3A yang bersamaan dengan 45W.
Someone asked the Apple Support in China and confirmed it’s indeed the 16 series has 45W peak charging speed
— ShrimpApplePro 🍤 ずっと真夜中でいいのに (@VNchocoTaco) September 12, 2024
In typical conditions, it’s hovering around 38W. pic.twitter.com/u9P3EDyq2Q
Namun begitu, pengecasan maksimum 45W hanya dapat dicapai pada kadar bateri 50% hingga 80% dan kelajuannya akan menurun apabila hampir penuh. Selain itu, kelajuan purata yang dicapai untuk pengecasan ini adalah sekitar 38W.
Sebagai perbandingan, siri iPhone 15 hanya menyokong pengecasan sekitar 27W hingga 29W sahaja. Peningkatan pengecasan yang ditawarkan pada siri iPhone 16 adalah 50% lebih pantas berbanding model sebelumnya. Selain itu, ia juga adalah pengecasan terpantas yang pernah digunakan oleh Apple pada iPhone buat setakat ini.