Close

Siri vivo X200 akan tiba pada 14 Oktober ini

peranti andalan vivo yang seterusnya iaitu siri X200 akan diperkenalkan pada 14 Oktober ini di China.

Namun begitu, tidak dapat dipastikan jumlah model yang akan diperkenalkan oleh vivo. Untuk pasaran China, siri X100 ditawarkan dalam 5 pilihan model iaitu X100, X100s, X100 Pro, X100s Pro dan X100 Ultra. Manakala untuk pasaran global, ia hanya ditawarkan dalam 2 pilihan model sahaja iaitu X100 dan X100 Pro.

Kita mungkin boleh menjangkakan yang siri X200 mungkin akan tiba dengan 2 pilihan model iaitu X200 dan X200 Pro. Selain itu, siri vivo X200 akan dilancarkan lebih awal berbanding siri X100 yang diperkenalkan sekitar November. Seperti generasi sebelumnya, model paling premium siri ini akan dikuasakan dengan cip dari MediaTek.

Buat masa ini, tiada sebarang maklumat mengenai spesifikasi yang dikongsi oleh vivo. Namun, kita mungkin boleh menjangkakan ia akan hadir dengan spesifikasi yang lebih berkuasa.

ARTIKEL BERKAITAN