Aplikasi penstriman Netflix bakal menamatkan sokongan aplikasi untuk iPhone yang menjalankan iOS 16 dan iPadOS 16. Bermaksud, pengguna iOS 16 atau iPadOS tidak lagi akan menerima kemas kini dan fungsi baru dari aplikasi tersebut.
Berikutan itu, aplikasi tersebut hanya akan menyokong iPhone yang menjalankan iOS 17 dan iPadOS 17 dan ke atas untuk menerima kemas kini, fungsi baru dan penyelesaian masalah pepijat.
Dengan penamatan ini, model seperti iPhone X, iPhone 8 dan iPhone 8 Plus tidak lagi akan menerima kemas kini dan fungsi baru Netflix. Selain itu, iPad Pro generasi pertama dan iPad generasi kelima akan turut menerima nasib yang sama.
Walau bagaimanapun, pengguna iOS 16 dan iPadOS 16 masih boleh menjalankan aplikasi Netflix seperti biasa sehingga ia ditamatkan sepenuhnya.