ASUS buat masa ini belum lagi memgumumkan sebarang maklumat mengenai peranti andalan mereka yang seterusnya iaitu ROG Phone 9. Namun begitu, telah ada laporan mendedahkan beberapa maklumat mengenai peranti tersebut.
Terbaru, terdapat laporan mendedahkan beberapa maklumat mengenai spesifikasi yang akan digunakan pada ROG Phone 9. Menurut maklumat, ROG Phone 9 akan dikuasakan dengan cip terbaru dari Qualcomm iaitu Snapdragon 8 Gen 4. Peranti ini akan turut menggunakan teknologi skrin baru yang lebih maju.
ROG Phone 9 dijangka kekal dengan konfigurasi memori yang sama seperti model sebelumnya iaitu 24GB RAM dan storan dalaman 1TB. Selain itu, ASUS juga dijangka akan turut mengekalkan pengecasan berwayar 65W pada ROG Phone 9.
Malangnya, tiada maklumat yang lebih terperinci yang dikongsi mengenai ROG Phone 9. Kita mungkin boleh menjangkakan lebih banyak maklumat yang akan didedahkan dari masa ke semasa.