Infinix secara rasmi memperkenalkan tablet baru ke pasaran tempatan melalui model Infinix XPAD. Tablet ini ditawarkan dalam 2 pilihan varian iaitu versi WiFi dan juga LTE.
Infinix XPAD hadir dengan skrin LCD bersaiz 11-inci dengan resolusi FHD+. Turut menyokong paparan 90Hz dengan kecerahan puncak 440 nits. Dikuasakn dengan cip MediaTek Helio G99 yang dipadankan dengan RAM sehingga 8GB dan storan dalaman 256GB.
Menggunakan kamera tunggal belakang dengan sensor 8MP dan swafoto 8MP. Dimuatkan dengan bateri 7000mAh yang menyokong pengecasan 18W. Tablet ini turut dilengkapi dengan mod permainan XArena dan menyokong pembantu maya yang dikuasakan oleh ChatGPT.
Spesifikasi lain yang turut dibawakan adalah seperti 4 pembesar suara, bicu audio 3.5mm, pengecasan USB-C dan menjalankan sistem operasi berasaskan Android 14.
Untuk pasaran Malaysia, Infinix XPAD versi WiFi dijual pada harga RM699 untuk 4GB + 256GB yang didatangkan dengan leather cover dan keyboard secara percuma. Manakala, Infinix XPAD versi LTE ia dijual pada harga RM899 untuk 8GB + 256GB yang turut didatangkan dengan leather cover secara percuma.