Close

Kemas kini iPadOS 18 untuk iPad M4 Pro dihentikan sementara

Apple menghentikan sementara kemas kini iPadOS 18 untuk iPad M4 Pro selepas terdapat laporan menyatakan peranti mereka tidak lagi boleh digunakan selepas dikemas kini.

Sebilangan pengguna di media sosial menyatakan kemas kini iPadOS 18 telah merosakkan peranti mereka yang menyebabkan ia tidak boleh dihidupkan. Berikutan dari masalah tersebut, Apple telah menghentikan sementara kemas kini iPadOS 18 untuk iPad Pro M4.

Jadi, sekiranya anda terkesan dengan masalah ini. Anda disarankan untuk menghubungi khidmat bantu pelanggan Apple untuk menyelesaikannya.

Kemas kini iPadOS 18 telahpun dilepaskan untuk semua pengguna di seluruh pada 16 September. Selain iPadOS 18, turut tersedia beberapa kemas kini sistem operasi lain seperti iOS 18, WatchOS 11, tvOS 18, macOS 15 Sequoia dan visionOS 2. 

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN