Nothing secara rasmi berkongsi tarikh pelancaran peranti baru mereka pada 24 September ini. Peranti baru ini merupakan sebuah TWS dan berbeza dari apa yang pernah dihasilkan oleh Nothing.
Out in the open. A new arrival is landing on 24.09.2024 pic.twitter.com/6daPuiamXK
— Nothing (@nothing) September 17, 2024
Malangnya, tiada maklumat terperinci yang dikongsi oleh Nothing mengenai peranti ini. Namun begitu, berdasarkan perkongsian di platform X, TWS ini mungkin akan dikenali sebagai Nothing Ear (Open). Seperti namanya, TWS ini menggunakan rekaan jenis terbuka berbeza dari rekaan Nothing Ear dan Nothing Ear (a).
Coming soon. A new world of possibilities. pic.twitter.com/2ef4TDXeCE
— Nothing (@nothing) September 5, 2024
Nothing Ear (Open) dijangka bakal menjadi pesaing kepada HUAWEI FreeClip dan Xiaomi OpenWear Stereo. Dengan hari pelancaran yang semakin hampir, kita mungkin boleh menjangkakan lebih banyak maklumat akan dikongsi dari masa ke semasa.